ALOR GAJAH: Seorang pemandu lori tersepit selepas lori yang dipandunya terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Padang Kerbau, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital manakala rumah berkenaan tidak berpenghuni.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Fadhil Saidin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.54 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dan Ayer Keroh digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati terdapat sebuah lori tiga tan terbabas dan melanggar sebuah rumah kosong.
“Terdapat seorang mangsa yang mana pemandu lori itu tersepit di bahagian tempat duduk sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa kemudian dibawa menaiki van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Ayer Keroh ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.
Tambahnya, rumah jenis struktur kayu itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kerosakan dan kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Feb 15 2023
Seorang pemandu lori tersepit selepas lori yang dipandunya terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Padang Kerbau, Alor Gajah, pagi tadi. - Gambar ihsan JBPM
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Pemandu cedera, treler jatuh gaung 15 meter di LPT
Seorang lelaki cedera selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 42.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Timur pada Ahad.
Pemandu cedera, lori terbabas 'masuk' rumah
Mangsa yang berusia 30 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital manakala rumah berkenaan tidak berpenghuni.
Dua lelaki cedera tersepit kereta bertembung bas persiaran
Dua lelaki nyaris maut apabila tersepit selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 43.7, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pada Selasa.
Pemandu SUV cedera terkena tayar lori tercabut di lebuh raya
Seorang lelaki cedera di bahagian muka dan kepala selepas tayar yang tercabut dari sebuah lori terkena bahagian cermin hadapan kenderaan dipandunya di Kilometer (KM) 27.2 Elite.